Monday, June 18, 2012

Gambar Kolam Lava Atas Puncak Gunung



Gunung Nyiragongo terletak di Taman Negara Virunga, Congo.Gunung ini adalah antara gunung berapi paling aktif di Afrika dan adalah satu daripada lapan gunung berapi di gunung virunga.Puncaknya adalah seluas dua kilometer yang menariknya adalah ditengahnya terdapat satu kolam lava.Kolam ini dipanggil 

Kolam Lava Nyiragongo.Kolam lava ini mempunyai kandungan lava terbanyak di dunia.
Gunung berapi ini telah meletus sebanyak 34 kali sejak dari tahun 1882.Lava paling banyak yang pernah mengalir keluar adalah pada 1977 dengan 3250m.Kelajuan lava ini mencecah 100 km./h.Pada tahun 2002, satu kolam lava telah terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi. Keluasan kolam lava ini adalah antara 200-1000m dan dalamnya mencecah 2 meter.

 Walaupun pada tahun tersebut seramai 400,000 orang telah disuruh berpindah tetapi ada juga yang tidak menurut perintah.Seramai 147 orang telah terbunuh apabila gunung berapi ini meletus.Enam bulan kemudian satu lagi letusan berlaku, kali ini satu lagi kolam lava terbentuk. Ianya terletak 250 meter dari kolam lava sebelumnya.Pada Jun 2010, sekumpulan saintis telah menjejak kaki ke atas gunung ini untuk melihat sendiri kolam lava tersebut. Ini adalah gambar yang mereka tangkap.

















No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Sumber : http://sonz-share.blogspot.com/2013/03/cara-ganti-tombol-older-post-dengan.html#ixzz2T2zdkjQT