Monday, June 11, 2012

Kenapa Yahudi Bijak???



Tajuknya sahaja sudah cukup provokatif meskipun bernada persoalan (yang menyentak mahu pembaca untuk terus membacanya), seolah-olah mengambarkan yang bijak sudah pasti berbangsa Yahudi.


Just manfaatkan Dr Google dan taipkan "Kenapa Yahudi Bijak" atau "Why Jewish Are Intelligent"(sumber dalam bahasa Inggeris lebih terbatas dan terhad, tidak tahu kenapa), anda akan menemui ribuan artikel tersebut, kebanyakannya 'copy and paste' dan dikongsi tanpa sebarang analisa tambahan yang kritis mengenai artikel itu. 


Saya pada mula dahulu agak teruja dengan artikel ini sehingga pernah saya tersebut dalam beberapa kuliah saya dan posting artikel itu di blog saya, namun demikian, atas prinsip integriti akademik selepas dibimbing oleh seorang pensyarah sejarah saya di UIAM yang pernah melakukan 'kesilapan' yang sama, saya memohon agar kita bersedia membuat kajian lanjutan pada "kajian" tersebut. 



Ada beberapa persoalan timbul di benak fikiran saya.



1. Jika benar ia sebuah kajian ilmiah, di mana boleh saya dapatkan 'proved research' tersebut ? Jika tidak di kedai buku, mungkin boleh paparkan cover page buku tersebut sekurang-kurangnya dan wajah Dr Stephen Carr Leon tersebut.


Saya makin tertanya-tanya kenapa "kajian" yang dikatakan popular itu tidak terbukti cover buku/kajian itu meskipun dalam bentuk Google Image atau atau sekurang-kurangnya wajah penulisnya.


Ada sesiapa pelajar Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat khususnya di California boleh mengesahkan 'wujudkah' Dr Stephen Car Leon ini ?


Lantaran saya kehairanan bila ditaip Dr Stephen Car Leon, semua yang appear di Google majoritinya adalah artikel dalam bahasa Melayu. Di mana manuskrip asal kajiannya dalam bahasa Inggeris ? Kenapa seakan artikel ini 'hangat' di Malaysia sahaja ? Saya tertanya-tanya.


Banyak buku-buku mengenai Konspirasi Yahudi dan sewaktu dengannya sama ada ditulis oleh sarjana Muslim, intelektual non-Muslim mahupun sebaliknya (proksi upahan atau members Freemason sendiri) - sebagaimana 4 kategori pendedah konspirasi yang disebut Prof Dr Sulaiman Nordin dalam "Sejarah Pemikiran 1" - yang pernah saya temui dan baca di Kinokuniya, MPH atau kedai-kedai buku terkemuka antarabangsa, namun setakat ni saya belum menemui buku atau kajian Dr Stephen ini.


Antara buku-buku mengenai Yahudi dan bencana akhir zaman karangan sarjana Muslim yang saya borong (membacanya tidak bererti saya bersetuju sepenuhnya dengan penulis2 ini) di Pesta Buku Antarabangsa 2010

Cuma ada sebuah buku Indonesia ditulis oleh A. Maheswara bertajuk "Rahsia Kecerdasan Yahudi". Saya tidak pasti apakah kandungan buku ini kerana saya belum memilikinya.


.


Juga beberapa artikel bertajuk hampir sama yang ditulis Mark Kaminsky di website majalah Yahudi sendiri dan Lewis Regenstein, saya tidak tahu apakah mesej tulisan artikel tersebut (kerana saya mahu fokus pada Stephen Car Leon kerana tulisannya lebih popular setakat ini dan terus disebarkan). 



2. Statistik mengenai nama-nama Yahudi dalam banyak posisi strategik dunia yang dikeluarkan oleh Dr Farrukh Salem (mujurlah individu ini benar-benar wujud) bertajuk "Why Jews Are So Powerful" mungkin ada kebenarannya meskipun menakutkan angka dan nama-nama tersebut, dan kemungkinan itulah realiti dunia pasca kejatuhan khilafah yang sedang dikuasai secara bersungguh posisi-posisi strategik dunia oleh musuh-musuh Allah cucu cicit Bani Israel bangsa pembunuh para anbiya ini. 

Dr Farukh Saleem, Pakistani Journalist


Dr Farukh Saleem merumuskan - Why Jews So Powerful - dalam satu perkataan sahaja iaitu"EDUCATION". Namun demikian, beliau sendiri tidak mengkaji dan menyebut bagaimana sistem pendidikan yang berlaku ke atas Yahudi ini. Artikel "Kenapa Yahudi Bijak" menunjukkan dengan agak mendalam - pengalaman 3 tahun housemanship di hospital Israel oleh penulis tersebut - bagaimana Yahudi dididik menjadi begitu bijak dan beradab - sehingga dikatakan merokok di Israel adalah satu yang menghinakan - dengan kajian yang tidak diketahui pembuktiannya dan di mana boleh mendapatkan manuskrip penuhnya itu adalah suatu sikap yang tidak boleh diraikan oleh dunia akademik dan dunia Islam sekalipun.



3. Adakah sebuah kajian akademik PhD - mengambil masa 8 tahun ! - meletakkan tajuk yang begitu simplistik, seperti taraf assignment pelajar Ijazah Sarjana Muda iaitu sekadar "Kenapa Yahudi Bijak" ? 


Apakah tiada pengkhususan kepada tajuk ini ? Yahudi Ashkenazim atau Spehardim ? Apakah semua Yahudi termasuk Zionis yang dimaksudkan punyai amalan pemakanan, adat resam, pendidikan yang begitu 'murni' sebagaimana dirakamkan dalam artikel yang tersebar tersebut ?


Sebuah kajian PhD saya kira seperti apa yang dilakukan oleh pensyarah ini.




4. Mungkin ada yang menyatakan "tak kisahlah, yang penting ambil apa yang baik dari apa yang ditulis", namun saya katakan telah menjadi tradisi penyampaian dan perpindahan ilmu-ilmu dalam Islam untuk menyelidik terlebih dahulu sesuatu berita dan maklumat khususnya yang membabitkan "fakta" yang dirasakan agak janggal dan pelik berbanding dengan realiti semasa yang dilihat. 



Tidak salah untuk menyeru manusia untuk kembali mengamalkan sunnah Rasulullah dalam pendidikan anak-anak dan itu adalah suatu kewajipan ketika dunia pendidikan sekular pada saat ini terus meraba-raba mencari formula terbaik untuk 'memanusiakan' manusia ketika krisis jenayah dan gejala sosial makin menakutkan dan makin aneh. Namun, untuk menisbahkan kepada sunnah Rasulullah telah lama diamalkan oleh Yahudi dalam pendidikan anak-anak mereka, itu perlukan penelitian sumber dan semakan bersungguh dari mana kenyataan yang menyebutkan ibu-ibu Yahudi melakukan sedemikian pada anak-anak mereka.



Tidak salah untuk mengingatkan ummah tentang bahaya Yahudi dalam perancangan protokol-protokol Zionis mereka. Bahkan itu adalah satu kewajipan dan saya sendiri berada dalam kalangan yang memberanikan diri memberikan peringatan mengenai mereka berdasarkan fakta sejarah Bani Israel zaman berzaman. 




Namun, menjadikan "kajian misteri" dan khabar-khabar angin yang belum dibuktikan kesahihannya mestilah dielakkan oleh para penceramah - termasuk saya - sama seperti kita berhati-hati dalam menyampaikan hadis-hadis Nabi S.A.W kepada ummah jangan sampai terjebak dalam penyebaran hadis maudhu' dan seumpamanya.




Kerana dibimbangi kita sendiri terjerat tanpa sedar dalam perencanaan halus propaganda Yahudi yang cuba menakutkan umat Islam dengan kononnya mereka bijak sejak dari dalam perut ibu mereka lagi, kemudian di samping mencelahkan mesej-mesej penguasaan mereka bukan sekadar melalui simbol-simbol semata seolah-olah mereka sedang menguasai segalanya (they rule by secrecy sebab mereka memang pengecut nak berhadapan), tetapi juga dengan "kajian" misteri seperti ini khusus kepada golongan ilmuwan dan cerdik pandai.




Mungkin ada baiknya dari kita mengkaji "Kenapa Yahudi Bijak" kepada kita mengkaji "Kenapa Umat Islam Tidak Bijak" (bahasa lembut). Mudah-mudahan ada jalan keluar kepada permasalahan ummah pada saat ini untuk berhadapan dengan musuh-musuh Allah yang sentiasa kita sebutkan di penghujung al-Fatihah sebagai "Al-Maghdhub Alaihim" dan "Adh-Dhhaaalin"




Wallahu a'lam.






No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Sumber : http://sonz-share.blogspot.com/2013/03/cara-ganti-tombol-older-post-dengan.html#ixzz2T2zdkjQT