Sunday, June 3, 2012

Misteri Kematian Hitler Terjawab



Dari sekian banyak informasi yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada pihakyang dapat menyebutkan secara pasti apakah penyebab kematian pemimpin NaziGerman ini. Versi yang paling popular menyebutkan bahawa Hitler telah mati membunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri atau meminum racun sainad pada 30 April 1945 di sebuah Bunker di Berlin bersama kekasihnya Eva Braun.

Ketika itu negara Jerman sedang ditawan oleh tentera Rusia. Ramai ahli sejarah meraguibahawa Hitler telah membunuh dirinya dan mengesyaki, itu hanyalah merupakanpropaganda pihak Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan.

   
  

Jasad yang didakwa sebagai Adolf Hitler ditemui di bunker bawah tanah







Misteri kematian pemimpin kuku besi Jerman Adolf Hitler, kembali menjadi perbincangan hangat, apabila The Daily Telegraph pada 28 September 2009 menerbitkan sebuah laporan, bahawa tengkorak yang selama ini didakwa sebagai milik Hitler yang disimpan di Rusia ternyata, bukanlah tengkorak milik pemimpin yang digelar The Fuhrer itu. Dalam program dokumentari History Channel yang diterbitkan di British menjelaskan, tengkorak tersebut merupakan tengkorak seorang perempuan yang meninggal di bawah usia 40 tahun.





Tengkorak yang didakwa sebagai milik Adolf Hitler
Selama ini kematian Hitler memang sangat misteri, kerana tidak ada saksi yang dapat menunjukkan dimana mayat Hitler mahu pun mayat Eva Braun. Di Konferensi Postdam tahun 1945, Stanlin menyatakan bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak ditemui. Stanlin juga mendakwa, The Fuhrer ini telah lolos melarikan diri ke Sepanyol atau tempat lain di Amerika Latin. Tidak berapa lama selepas itu, terdapat khabar angin yang mengatakan Hitler mungkin telah menggunakan kapal selam untuk ke sebuah pulau rahsia. Tetapi tiada sesiapa pun yang tahu nama dan lokasi pulau yang dimaksudkan itu.Penemuan ini menguatkan kembali teori konspirasi bahawa Hitler tidak mati pada 1945. Dia disyaki melarikan diri dan mati di usia tua. Pelbagai teori telah dikemukakan, dimanakah kematian Hitler. Ada yang mengatakan Hitler meninggal di Argentina, Brazil, Amerika Selatan, bahkan di Indonesia.

3 Versi Yang Popular ( sedutan ringkas )

Masing-masing pihak mengemukakan berbagai hujah dan bukti yang memperkuat dakwaan mereka. Sejumlah dokumen didedahkan dan para saksi pun berbicara.

1) ARGENTINA
Jurnalis Argentina juga pengarang buku ‘Bariloche Nazi’, Abel Basti meyakini Hitler mati di Argentina pada 1960. Basti mendakwa Hitler telah melarikan diri dari Jerman menggunakan kapal selam, bersama kekasihnya Eva Braun. Hitler diyakini menghabiskan hari-hari terakhirnya di sebuah kota bernama Bariloche. Ini berdasarkan atas keterangan beberapa orang saksi.



Seperti dikutip di laman Salisburypost, 30 Ogos 1999, artikel surat kabar pada 17 Julai 1945, memberitakan Hitler dan Eva Braun terlihat di Argentina. Seorang wartawan mengirim cerita dari Montevideo ke Chicago Times bahawa Hitler dan Eva telah melarikan diri ke Argentina dengan kapal selam. Keduanya hidup di kompleks orang-orang Jerman di Patagonia.



Kapal Selam U-Boat German



PENDEDAHAN RICHARD KOSHIMIZU
http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=12&t=12729




2) BRAZIL

Sementara dakwaan bahawa Hitler meninggal di Brazil berdasarkan pengakuan anggota NAZI bahawa Hitler meninggal pada 1980 di Brazil. Brazil diketahui sebagai tempat pelarian para mantan pengikut Hitler. Sebuah makam kumpulan NAZI telah ditemui di pedalaman hutan Amazon, lengkap dengan lambang NAZI di batu nisan yang berbentuk salib.



Makam NAZI di pedalaman Amazon, Brazil.



3) INDONESIA





Dakwaan ini berdasarkan pada temubual seorang doktor warga Bandung, Dr.Sosrohusodo.

Sosro merupakan seorang doktar lulusan Universiti Indonesia. Beliau telah menulis pendapatnya pada satu artikel di Pikiran Rakyat pada 1983. Kemudian pada 1994 penulis telah bertemu dengan Sosrohusodo. Hasil wawancara itu telah dimuatkan didalam Pikiran Rakyat pada 24 Februari 1994 dalam bentuk artikel yang cukup panjang. Artikel itulah yang kemudiannya telah dihebahkan di dunia maya kebelakangan ini. Pertemuan dengan Sosrohusodo ketika itu dilakukan atas permintaannya.


Sosrohusodo menyimpan kisah yang didengarinya daripada masyarakat Sumbawa. Masyarakat di sana pernah bercerita, pada satu ketika, mereka melihat munculnya kapal selam dari laut yang disusuli dengan pendaratan sebuah kenderaan berbentuk bulat.

Rujuk Kembali

PENDEDAHAN RICHARD KOSHIMIZU

http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=12&t=12729






*** Sila double click pada foto untuk imej lebih besar.





Sosro turut bercerita mengenai pengakuan Nyonya S ( isteri ke-2 Poch ) berkaitan dengan hal itu. Suatu hari suaminya mencukur misai sama seperti misai Hitler, S kemudiannya bertanya mengenai persamaan misainya itu dengan misai Hitler. Poch malah mengiyakan bahawa dirinya adalah Hitler. “Tapi jangan bilang sama siapa-siapa,” begitu Sosro mengutip ucapan Nyonya S.


Sekurang-kurangnya terdapat dua gambar yang menunjukkan hubungan suami isteri antara Nyonya S dan Dr. Poch. Gambar yang dihasilkan di Sumbawa itu disebut Sosro sebagai gambar saat keduanya melangsungkan pernikahan di pendopo kabupaten. Penggunaan pendopo sebagai tempat hajatan menunjukkan kedudukan Dr. Poch yang dihormati di kalangan masyarakat setempat.
Di bawah ini dalah foto Dr. Poch dan Nyonya S



Pada gambar itu, terlihat Dr Poch sudah semakin tua, memakai 'suit' yang agak besar, kemeja putih bertali leher dan berkacamata. Sementara Nyoya S pula, mengenakan kebaya putih, berkain batik dan sanggul beruntai bunga yang jatuh di dada kanannya. Tangan kanannya memegang kipas. Gambar mereka diabadikan dalam posisi berdiri.


Sementara pada gambar ini, Dr. Poch dan Nyonya S duduk di kerusi. Sementara di belakang mereka berdiri tiga lelaki muda. Jika senyum, kelihatan senyuman di bibir S, sementara di kedua-dua gambar ini, wajah Dr. Poch agak serius. Menjelang pernikahan itulah, kata Sosro, kononnya Dr. Poch menukar agamanya menjadi seorang Muslim. Dr Poch kemudian menggantikan namanya dengan nama Djamaluddin. Mereka kemudiannya telah berpindah ke Surabaya.






Foto Jenazah yg.dikatakan Hitler




Kubur Poch


Namun nama barunya sebagai seorang mualaf itu seakan tidak digunakan. Hal itu boleh dilihat pada makam Dr Poch di Pemakaman Umum Muslim Ngagel Utara, Jalan Bung Tomo,Surabaya. Pada batu nisannya, tertulis nama G. A. Poch. Kebelakangan ini barulah saya (penulis buku) tahu G.A. adalah singkatan daripada Georg (tanpa ”e”) Anton.



Pulau Sumbawa Besar


Dunia antarabangsa sama sekali tidak menyedarinya bahawa seorang pemimpin Diktator Nazi German itu bersembunyi dengan aman di Pulau Sumbawa Besar, hingga akhir hayatnya di Surabaya dan telah dimakamkan di pemakaman umum Muslim di Ngagel, Surabaya.




Mufti Sheikh Amin Husseini dan Adolf Hitler, 1941

Hinggalah ke saat ini teka teki apakah Hitler mati di bunker, Argentina, Brazil, atau pun di Indonesia, belum dapat dipastikan. Kisah akhir hayat ‘Sang Fuhrer’ terus menjadi misteri dalam lipatan sejarah.



SEHINGGA KE HARI INI MISTERI KEMATIAN HITLER TERJAWAB DENGAN TEKA TEKI IAITU

"WALLAHUA'LAM"





*** Sumber Rujukan ;


1. http://aku-macjay.blogspot.com/2011/01/hitler-mati-di-indonesia-rahasia-yang.html


2. http://mansyur7.wordpress.com/2010/02/22/kuburan-hitler-di-ngagel-surabaya-indonesia/


3. http://ccline-paradox.blogspot.com/2010/07/kematian-adolf-hitler-yang-misterius.html


4. http://www.ngobrolaja.com/showthread.php?t=71317

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Sumber : http://sonz-share.blogspot.com/2013/03/cara-ganti-tombol-older-post-dengan.html#ixzz2T2zdkjQT