Thursday, July 26, 2012

Fadilat Memberi Makan Orang Berbuka Puasa



Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Ramadhan bulan rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka. Apabila kita menghayati bulan ramadhan dengan sebenarnya dengan mengawal makanan pasti kita akan dapat merasai bagaimana peritnya umat Islam disebahagian negara miskin seperti di Somalia yang sukar untuk mendapat makanan. Ada di antara mereka yang perlu berlapar berhari-hari kerana tiada bekalan makanan.

Amalan memberi makan orang berbuka puasa terutama yang susah seperti fakir miskin dan anak yatim sangat baik. Dalam dunia teknologi tanpa sempadan amalan memberi makan kepada orang berpuasa bukan sahaja terbatas di Malaysia sahaja malah kita boleh menghulurkan bantuan melampaui sempadan negara. Fadilat memberi makan orang berbuka puasa ni kalau kita tahu memanglah sangat besar sebab tu ada diantara umat Islam yang berusaha untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa setiap hari di bulan Ramadhan.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)


Selamat berbuka puasa ingat pada yang susah

Daripada Salaman r. a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan darinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa saja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaKu (pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga“.

Joom kita azam sungguh-sungguh mulai hari ini untuk memberi makan orang berbuka puasa tak kira di mana walaupun hanya sebiji kurma. Insyaallah

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Sumber : http://sonz-share.blogspot.com/2013/03/cara-ganti-tombol-older-post-dengan.html#ixzz2T2zdkjQT