Tuesday, May 28, 2013

7 Haiwan Laut Paling Bahaya.





Makin lama makin carca merba aku punya entry blog nie. Hahahaha. Saja nak share-share ngan hampa ja pasal benda yang duk jumpa kat internet nie. Aku suka membaca benda hat pelik-pelik nie. Lagipon benda nie info jugak kan. Bukannya karut marut, 18sx bagai mcm sesetengah blogger. Ooopss! Hahaha. Sapa terasa amik lah. Lepas baca nie, aku pon nek takut nak mandi laut. Kah3. 7 haiwan laut yang paling bahaya sekali setakat la nie. Benda apa?


1. Belut Laut
Gigitan kuat dari gigi tajam belut laut boleh mengakibatkan luka yang serius kerana effect bakteria dari mulut belut nie. Belut ini kerap bersembunyi di celah-celah dan lubang batu karang pada siang hari dan berburu makanan di malam hari. Yang mana pakar-pakar laut nie menyarankan kepada penyelam untuk menjauhkan tangan dari celah atau lubang mencurigakan untuk menghindari dari serangan. Satu lagi, jangan pernah memberi makan haiwan ini jika tidak mahu diserang oleh geng2 dia. Bahaya tol.





2. Singa Laut
Aku taktaw lak singa laut pon tersenarai. Singa laut boleh digolongkan sebagai binatang manja, mudah dilatih, dan banyak menjadi bintang di beberapa kebun binatang. TETAPI, haiwan ini sangat jarang pula menyerang manusia. Di California, Amerika Syarikat, beberapa serangan singa laut dilaporkan terjadi di pantai Manhattan, Newport, dan San Francisco pada 2006. Beberapa ilmuwan setempat mengatakan perilaku singa laut sukar diduga dan haiwan ini akan tiba-tiba menjadi agresif. So careful.




3. Ikan Pari-Pari
Nama haiwan ini begitu banyak menarik perhatian dunia semenjak kematian tragis ahli biologi atau pengacara "Crocodile Hunter" Steve Irwin pada tahun 2006. Ekor ikan pari yang berbentuk seperti tombak dan mengandung banyak racun telah menusuk Steve dan membuatnya mengalami gagal jantung. Dah memang ajal dia ngan ikan pari. Dulu aku ingat dia kena baham ngn buaya, rupannya ngan ikan pari ja. Kesian.




4. Buaya Air Asin
Buaya air asin memiliki reputasi sebagai salah satu pemangsa paling ganas di dunia . Haiwan yang dapat tumbuh hingga lebih dari enam meter dan seberat 1,500 kilogram ini memiliki beragam mangsa, antara lain monyet, kanggaroo, ikan hiu, dan juga manusia. Denganmenggunakan kekuatan dahsyat, buaya air asin menggigit sambil memutar-mutar mangsanya di dalam air untuk melumpuhkan dan kemudian memakannya.




5. Ikan Singa
Menjadi ikan feveret aquarium, ikan singa nie memang terkenal dengan duri-durinya yang beracun. Walaupun jarang ada kes ikan nie mematikan manusia, racunnya dapat mengakibatkan sakit kepala, muntah-muntah, dan gangguan pernafasan. Menurut beberapa laporan, gejala tersebut berlangsung selama beberapa minggu. Nampak warna-warni, tapi beracun ooo.




6. Ular Laut
Ketakutan manusia pada ular menjadikan spesies ini ialah haiwan laut paling berbahaya. Namun pada kenyataannya ular laut ini hidup tersembunyi di laut dan tidak terlalu mengancam kehidupan manusia. Walaupun begitu, racun ular sangat berbahaya dan menakutkan. Dalam sekali gigitan, racun ular ini mampu melumpuhkan mangsa dan membunuhnya dalam masa 1 saat. 




7. Ikan Buntal
Racun yang ada dalam ikan nie nama dia Tetrodotoxin (TTX) terkandung dalam ikan berbadan gendut ini. Racun ini sangat kuat mengakibatkan kesulitan bernafas pada seseorang sebelum berhadapan dengan kematian. Yang unik, sejumlah chef profesional di Jepun memisahkan sebahagian daging yang boleh dikleuarkan dari ikan buntal sebagai hidangan dengan cita rasa tinggi. Eeeeee..

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Sumber : http://sonz-share.blogspot.com/2013/03/cara-ganti-tombol-older-post-dengan.html#ixzz2T2zdkjQT